Saturday, October 23, 2010

APA da Jadi!!!


hidup kt sbgai manusia kat dunia ni ada dua tugas...yg pertama tugas sebagai hamba Allah s.w.t..kt kna mengerjakan kewajipan yg telah diperintahkan kepada kita sebagai hambaNya.lakukan apa yg disuruh dan hindarkan apa yg dilarang...dan tugas kita yang kedua adalah tugas sebagai khalifah di atas muka bumi Allah s.w.t...tugas ni meliputi smua tugas dlm pjalanan kehidupan mnusia dan ada kaitan dengan masyarakat...sebagai komuniti dalam sesebuah masyarakat, kt smua ada peranan dan tnggungjawab msing2..yelaa,,kt hdup bukannya sorang2 kat dunia ni.kt hidup msti saling memerlukan antra satu sama lain.dan juga msti saling lengkap melengkapi...x ada seorang pn manusia ni perfect 100%.msti ada je klemahan t'sendiri.jadi,kt kna la saling menolong dan mengingati antra satu sama lain....

apa yg kt thu pemimpin adlh peneraju dan tonggak utama dalm sesebuah negara.rakyat smua kna ikut dan patuh printah pemimpin tp aslkn bnda 2 x b'canggah dgn syariat Islam...yelaa pemimpin 2 sebagai role model dan pemimpin 2 perlulah tunjukkn contoh dan tauladan yg baik utk diikuti oleh rakyat.tp kalau pemimpin sndiri wat suatu yg b'tentangan dgn agama kt sndiri,mcmana???apa yg b'laku sekeliling kt, kt kna prihatin.kt kena peka dgn dunia Barat yg sentiasa mncari peluang dan kesempatan utk jtuhkan Islam.pape yg baru kt kna pkir n lihat sama ada benda 2 mendatangkn kebaikan atau sebaliknya kepada agama kt yg paling utama.bukannye kt main terima je cadangan dan pembahruan yg dibwa.kononnya demi utk memajukan lagi negara kt masa akan datang.tp natijahnya......hanya akan lebih memburukkan keadaan...

apa yg b'laku skang sama2 kt renungkan dan fikrkan.nape sampai jd mcm ni...jgnla nama baik Islam dijadikan sbagai suatu benda yg boleh dibwa mainan.bukannye bleh dignakn suka2.bak owg jawa ckp 'sembrono je'....lihatlah apa yg sbnar ingin dismpaikan.pnggunaan nama Islam dlm peragaan fesyen yg mendedahkan aurat amat memalukan.sdangkn kt sndiri sedia maklum Islam mengajar umatNya cara menutup aurat yg sbnar iaitu hanya bleh diliht pd muka dan 2 telapak tngan shja bg muslimah.sedgkan fesyen yg kononnye bw nama Islam memperagakn fesyen yg mendedahkan aurat seorg wanita....mana kefhaman kt sbgai umat Islam dlm soal agama kt sendiri...malu dan terasa diri hina ble masyarakat bukan Islam yang lebih memahami tentang Islam itu sndiri mempersoalkn tentag isu ini....sama2 kt fkirkan di mana silapnya.adakah kecanggihan teknologi dan perkembangan sains dan maklumat membwa masyarakat kt spya lupakn konsep ketuhanan yg sbnar???tepuk dada tanya iman....




Saturday, September 4, 2010

Hidup ku...


di saat keriangan orang sibuk pulang ke kampung,ak terpanggil utk menulis kisah ini.ak sndiri tidak mngerti tp bnda ni lahir dari lubuk hati yg paling dalam.stiap mlm ak bermimpi sesuatu yg ak sndiri tdak pasti mksud sbnar di sbalik smua yg blaku pd driku tika ini.ada owg kate mimpi 2 mainan tido,tp kdg2 apa yg tjadi dlm mimpi 2 gak akn jd knyataan.smuanya Allah pnye kuasa yg mengatur...

kalu dilhat mse skang ni, byk blaku kes pnceraian.mcm2 punca yg blaku smpai jd mcm 2.b'akhrnya mahligai kbhgiaan yg tlh dibina bsme-sme.kesian sgt pd apa yg blaku.anak-anak slalu menjadi mangsa apbla ibu dan bapa bercerai...gejala buang bayi pn mcm 2 gak.kdg2 kurg faktor ksih sayang dan bimbgan ibu bapa bleh mnjadi fktor anak-anak kerap keluar malam dan berkwan dgn sesiapa sahaja yg mereka suka.pemantauan drp ibu bapa sndiri trhadp kwn2 anak-anak mereka juga dilhat kurang dilakukn hari ini.

 
bg diri ak,impian dan hrapan ak nk membina mahligai rumahtangga bsme seorang insan yg btul2 tulus mencintai ak sbagaimana dia mncintai dirinya sndiri.dan tiada melebihi cintanya kpd Allah dan RasulNya...ak hnya la insan yg lemah.tdak lpas dr melkukan ksilapan.tp x slh kalu kt mnghrap yg t'baik dlm hdup kt kn...impian ak dan mgkin impian smua wnita nk kn yg t'baik dlm hdup.nk hdup bahagia bsme insan t'sayang di samping anak-anak yg comel dan mcm2 kerenah.

stiap hri ak b'doa agr suatu hari ak akan dpertmukn dgn insan yg btul2 bleh membimbing ak ke jln yg diredhai dan bleh menjdikn ak seorang isteri dan juga ibu yg solehah...ak xnk mensia-siakn suami ak nanti.ak nk wat kn yg t'baik utk dia.sbp ak nk msuk syurga bsme dgnnya juga.insyaAllah..lgpn syurga seorang isteri adlh di bwah telapak kaki suami....insyaAllah...bsme lah kt bdoa agr dijadikan seorg muslimah yg sejati dan solehah,demi kebhgiaan hdup di dunia dan akhrat..

Tuesday, August 24, 2010

PENANGAN CINTA ASMARA

sewaktu di bangku sekolah,mak dan ayah selalu pesan jaga diri baik-baik,belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh.jangan main-main.nanti dah berjaya boleh masuk universiti.semua ibu bapa mengharapkan kejayaan untuk anak-anak mereka.mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi seperti mereka yang semasa belajar tidak habis kerana masalah ekonomi dan kewangan.justeru, mereka mengharapkan anak-anak mereka menghabiskan apa yang mereka tinggalkan.begitu juga bagi diri saya.ibu dan ayah mengharapkan saya belajar bersungguh-sungguh sebab dulu ayah dan ibu tidak dapat menghabiskan pelajaran disebabkan masalah kewangan dan juga mahu menanggung adik yang masih bersekolah.saya terima amanah itu sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul untuk merealisasikan impian saya sebagai seorang pelajar.

hari berganti hari dan usia saya kini sudah menjangkau belasan tahun.rutin harian saya sama seperti dahulu.setiap hari ke sekolah menuntut ilmu, dan apabila tiba masa pulang, saya akan terus pulang ke rumah.biasanya, saya akan berjalan kaki seorang diri ke tempat ayah menunggu di seberang sungai.dalam perjalanan, saya melihat pelbagai gelagat remaja sekolah.ada yang baik, dan ada juga yang nakal dan terejal.saya hanya berdiam diri tanpa menghiraukan apa yang mereka lakukan.apa yang terdetik dalam hati saya agar mereka tidak menggangu saya sudah...

semasa di sekolah, saya ada teman baik.ke mana sahaja kami pergi, kami selalu bersama.sampai kawan-kawan di sekolah menggelarkan kami ni sama ibarat belangkas.saya tidak kisah.saya anggap itu sebagai gurauan semata...kawan saya ni pernah meluahkan hasrat pada saya yang dia ingin mencari pasangan.maksudnya macam 'couple' lah...dia selalu cakap seronok sangat tengok bila dah ada orang ambil berat dan jaga kita.sungguhpun masa tu belum lagi jadi suami isteri untuk saling memerlukan dan melengkapi.lagipun masa tu ramai kawan-kawan sekelas saya yang dah ada pacaran masing-masing.jadi kawan saya ni pun teringin sama nak ada teman dan pasangan sendiri.saya beritahu kat dia, apa sebenarnya matlamat kita pergi sekolah hari-hari.tidak ada satu pun nasihat yang ibu ayah beri untuk kita bercinta masa kat sekolah.banyak kesan buruk kalau kita asyik bercinta sehingga kadangkala boleh menjejaskan pelajaran kita sendiri.dia diam membisu sambil menganggukkan kepala.saya beritahu lagi pada dia,terpulang pada diri sendiri untuk berfikir.bukan saya ada hak apa pun pada dia, saya sebagai seorang teman dan hanya mampu bagi nasihat dan tegur bila ada kawan buat silap.tu je saya beritahu pada dia.sedikit pun dia tidak membantah kata-kata saya ketika itu.pada pandangan saya, mungkin dia menerima nasihat dan apa yang saya katakan pada dia...

kami menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa.tapi, suatu hari ada lah seorang jejaka ni datang menghampiri kami dan meluahkan keinginannya untuk menjadikan kawan saya ni sebagai kekasihnya.saya pada mulanya agak terkejut dengan tindakan lelaki tersebut.namun secara perlahan saya nyatakan padanya, "kalaulah itu yang terbaik buat saudara, teruskanlah".lalu sya terus beredar.dalam hati saya hanya Tuhan saja yang tahu.bukannya sakit hati atau jeles lelaki tu minat pada kawan saya, tapi saya takut sangat yang kawan saya ni akan berubah.saya lebih mengenali dia daripada orang lain.tambahan pula, lelaki tu baru sahaja bertukar ke sekolah kami.jadi saya kurang mengenali latar belakang dia.saya harap sangat kawan saya dapat berfikir panjang sebelum terus menerima lamaran lelaki tersebut...


hari berganti hari.sejak peristiwa itu, rupanya kawan saya terus menerima lamaran lelaki tersebut.dia memberitahu saya, sepanjang mereka menjalin hubungan, tiada apa yang mengguris hati dan perasaan dia.dia juga menambah bahawa lelaki tersebut sanggup sehidup semati dengan dia.saya hanya mendiamkan diri.dalam fikiran saya berkata, "lelaki,semua sama.ayat manis je di bibir.tapi dalam hati,tiada siapa yang tahu"..huhu....saya hanya mendoakan apa yang terbaik pada kawan saya itu...tapi, sejak dia ada pasangan, saya sedar satu perubahan ketara dalam diri dia.saya lihat dia kerap sangat ponteng kelas.prestasi dia juga jatuh mendadak.saya sangat risau sebab kami akan menduduki sijil pelajaran malaysia(SPM) tidak lama lagi.kawan saya ni adalah antara pelajar yang cemerlang dalam akademik.bila saya berkunjung ke rumahnya, mak dia kata dia tidak sihat dan tidak mahu diganggu.timbul sedikit rasa curiga dalam diri tapi hanya mendiamkan diri.lama-lama, saya dapat tahu juga yang pakwe dia kerap juga ponteng kelas.suatu hari, saya ternampak kelibat mereka berdua dipusat membeli-belah.saya lihat mereka sangat mesra.tingkah laku mereka sama je dengan suami isteri yang baru berkahwin.berapa kali saya istghfar dalam hati melihat keadaan mereka itu.saya hanya mampu berdoa agar mereka dikuatkan iman dan ditunjukkan jalan kebenaran...

sebelum masuk ke dewan peperiksaan, seperti biasa saya akan membelek sepintas lalu nota-nota yang diajar.tiba-tiba saya disapa oleh kawan saya.dia memberitahu saya bahawa dia tidak membuat apa-apa persiapan pun baik dari segi fizikal dan mental.saya betul-betul terkejut.saya beritahu dia sedikit nota yang saya baca dan ingat sebentar tadi.saya nampak kerisauan terpancar di wajahnya....hari berganti hari, bulan berganti bulan.akhirnya tiba masa keputusan peperiksaan keluar.saya agak kaget dengan waktu itu kerana bimbang dengan keputusan tersebut.namun saya redha dan tawakal dengan ketentuan Allah s.w.t...




alhamdulillah, saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.tapi agak menyedih dan mendukacitakan kawan saya gagal dan kecundang.terpancar di wajahnya kemurungan dan kesedihan yang tidak terkata.selepas tamat belajar, saya tidak menghubunginya kerana sibuk bekerja.tambahan pula, saya tidak mahu menganggu waktunya bersama insan tersayang....saya mendekatinya perlahan-lahan.saya usap lembut bahunya dan menyatakan bahawa, "sudahlah,jangan bersedih dengan apa yang terjadi sekarang.anggaplah yang ini sebagai pengajaran buat kita bersama.jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu".dia terus memeluk saya sambil menangis.dia memberitahu saya bahawa semasa mahu menerima lamaran lelaki itu dulu, dia ingat kata-kata saya, "buatlah kalau rasa itu yang terbaik".saya tergamam seketika.dengan senyuman saya memberitahu dia bahawa saya mahukan dia berfikir sendiri sama ada benda tu baik atau tidak untuk dirinya sendiri.rupanya dia salah anggap.saya beritahu dia lagi, "sudahlah, jangan lagi diingat kisah yang lalu.jadikan ia sebagai pengalaman dan ingatan sampai bila-bila"....

bila ditanya pasal lelaki tersebut, dia memberitahu yang lelaki itu telah meninggalkan dia sendirian selepas berjumpa dan mengenali perempuan yang lebih cantik dan seksi darinya.saya kuatkan semangatnya dan jangan cepat untuk putus asa.saya yakinkan dia bahawa cinta itu ada di mana-mana.dan mungkin Allah s.w.t belum temukan lagi dia dengan insan pujaan yang akan menjadi suaminya suatu hari nanti.banyak nasihat saya beri pada dia agar dia terus kuat dan tidak mudah putus asa....



alhamdulillah, sekarang saya sudah menjejakkan kai ke menara gadig manakala teman saya juga sedang menyambung pengajiannya di institusi swasta.saya bangga dengan kecekalan hatinya untuk bangun dan terus menghayun langkah demi masa depannya.baginya, tiada lagi cinta lelaki dalam hatinya.dia sentiasa berdoa agar Allah s.w.t akan menemukannya dengan lelaki yang soleh dan betul-betul ikhlas menerimanya.dia cukup serik dengan cinta pertamanya yang membawa dia ke arah kegagalan di waktu sekolah.dengan khusyuknya 'cinta monyet' dan keasyikan asmara, sehingga dia lalai dan leka dengan matlamat hidupnya yang asal....

begitulah penangan cinta asmara.cinta yang diibaratkan seperti 'cinta monyet'.bila orang lain bercinta, kita juga nak rasa bercinta.mulanya memanglah manis bak madu, tapi lama kelamaan ia menjadi pahit bak hempedu jika tidak disulami dengan rasa kehambaan dan kasih sayang yang tulus ikhlas berlandaskan syariat Islam...... tidak salah hendak bercinta, tapi biarlah pasangan yang kita jalinkan hubungan itu boleh memberi kita semangat untuk berjaya dan selalu memberi nasihat agar kita tidak lalai dan leka dengan keasyikan dunia yang penuh mencabar ini....

X Sabar Bulan Puasa.......



Bila tiba bulan Ramadhan,semua orang tahu itu bulan untuk umat Islam mengerjakan banyak amalan sunat seperti solat terawih,berpuasa di siang hari dan macam-macam lagi amalan.Orang juga kata yang bulan Ramadhan ni lah bulan yang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat dan terdapat satu malam yang digelar 'Malam Lailatul Qadar'.Pada kebiasaannya,malam tu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, tapi tidak dapat dipastikan kesahihannya....yang pasti malam lailatul qadar tu tetap ada.cuma waktunya je yang tidak pasti.bagi sesiapa yang menantikan malam tersebut,mestilah setiap malam kena bangun untuk solat tahajud dan qiyyamulail...bukan hanya melayan mimpi kosong dan mainan syaitan je....

suasana sambut Ramadhan kat ukm dengan tempat sendiri tidak banyak bezanya.masjid-masjid semua penuh sejak petang sebab ramai yang mengunjunginya untuk berbuka bersama dan menunaikan solat secara berjemaah.begitulah fenomena manusia bila tiba bulan puasa.ada yang suka sangat makan dalam talam beramai-ramai secara berjemaah di masjid.mereka kata sunnah Nabi dan ada juga yang kata banyak kelebihan dan boleh mengeratkan silaturahim antara sesama muslim.ada juga manusia yang suka sangat mencari juadah berbuka di bazar-bazar berdekatan....







kalau dikenang peristiwa masa sambut puasa ketika masih kecil suatu ketika dulu, si ayah sibuk membawa anak-anak pergi berkunjung ke bazar Ramadhan.Tujuannya sebab nak anaknya seronok dan membeli hadiah jika habis berpuasa.Si ayah sanggup membeli apa sahaja makanan untuk si anak bagi mengurangkan rasa kesedihan si anak akibat tidak dapat berbuka pada waktu yang mereka nak.macam-macam gelagat kalau kita lihat dan ingat kembali memori masa kecil-kecil dahulu dan melihat adik-adik yang baru mula nak belajar berpuasa...sampai sekarang,perkara itu masih lagi terjadi.kalau saya melihat sendiri di bazar-bazar, ramai pengunjung yang berkunjung akan membawa sekali anak-anak mereka yang masih kecil.Di situ kelihatan si anak sangat letih dan ada kalanya merengek disebabkan tidak larat berpuasa dan sedang keletihan dan kehausan....

itu adalah fenomena si anak yang baru hendak belajar berpuasa.berbeza pula dengan fenomena yang terjadi kepada golongan yang dewasa dan remaja semacam saya ini.pada kebiasaannya, bulan tidak puasa, kalau beli juadah makanan, adalah dalam harga rm5 sehari.tapi bila tiba je Ramadhan,nak-nak bila nak berbuka, bukan hanya rm5 habis, malah lebih daripada rm10.orang cakap bulan Ramadhan ni la nak save bajet sebab tidak makan atau minum masa siang hari, tapi terlebih pulak bajet daripada hari biasa.....ish ish ish.....ni nak makan ke mencekik???bila nafsu nak makan itu tidak dapat dibendung, macam ni lah jadinya.tengok apa saja kat bazar tu semua sedap.semua nak makan.semua nak cuba.tekak orang puasa lah katakan..tapi bila tiba masa berbuka, kadang-kadang makanan yang dibeli tu bukannya habis dimakan sekaligus.da jadi suatu pembaziran.kalau makanan tu jenis tahan lama dan boleh disimpan lagi tidak mengapa, boleh lagi dibuat sahur atau sebagainya, ni jika makanan tu jenis yang cepat basi.alamatnya, kalau tidak dimakan, jadi simpanan tong sampah lah jawapnya...

amalan macam ni lah yang perlu dikikis dalam jiwa umat Islam khususnya sebab segala pembaziran itu datangnya daripada syaitan.kalau nak beli makanan tu berpada-pada lah.ni tidak mengalahkan budak kecil.Teringat saya kisah kartun kanak-kanak siri upin dan ipin tu.ada satu episod yang bertajuk 'tamak'.macam ni lah.dapat pergi bazar semuanya sedap.tengok yang ni sedap yang tu sedap.akhirnya, beli semua.bila dah buka, dah kekenyangan, bukannya habis makan pun.bila tiba masa nak solat terawih, mereka dah tertido disebabkan terlalu kenyang.macam ni lah akibatnya kalau makan tidak berpada-pada...





bulan Ramadhan sepatutnya kita mengawal nafsu semuanya, bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja.perbelanjaan kita mestilah secara berhemah dan jimat cermat.bulan Ramadhan juga kita dituntut untuk memperbanyakkan amalan sunat bukannya selepas berbuka tidur disebabkan kekenyangan.bila dah tidur, alamatnya terawih dalam mimpi sahaja lah..kalau dah macam ni gayanya, lebih baik bulan tidak puasa, semuanya berjalan lancar baik dari segi perbelanjaan makan dan amalan kewajipan.malah lagi boleh save bajet...sama-samalah kita fikirkan sejenak apa sebenarnya yang kita mahu dalam bulan Ramadhan ni...adakah kita mahu makan puas-puas bila berbuka ataupun kita hanya makan sekadar sahaja dan memperbanyakkan amalan sunat kepada Allah s.w.t???

Thursday, August 12, 2010

BELAJAR KE BALIK KAMPUNG???mne pnting...

Sekarang ni awal Ramadhan.semua budak-budak IPTA ni da beli tiket alik kampung nak sambut hari raya.ada yang beli tiket awal sebab tiket yang kemudian da habis.ada gak yang cakap kelas 2 hari nanti tu ustaz batalkan je.semua x menyempat nak alik kampung sambut raya.tp kelas untuk yang ada tu macamana plak.belum comfirm ustaz nak batalkan.ada gak ustaz yang akan tetap buat kelas walaupun ada beberapa orang je pelajar.da rugilah kalau macam tu bagi sape-sape yang da alik kampung....macamana nak buat kalu hal ni berlaku.yang dah alik kampung 2 mestilah rugi tak dapat apa yang kawan-kawan lain belajar dalam kelas.tapi biasanya diaorang ramai tak kesah ponteng sebab nanti akhir-akhir boleh minta nota dan belajar sendiri nak exam....apa yang diaorang fikir sekarang ni dapat pulang beraya bersama-sama dengan keluarga di kampung...bagi diri aku sendiri,dua-dua memang penting.kalau ada kelas,abiskan kelas dulu,pas2 baru balik kampung.kalau macam tu,dua-dua dapat.ilmu dapat alik kampung beraya pun dapat....sama-samalah kita renungkan...

Ramadhan 1431H



Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1431H..mgkin Ramadhan thun ni last smbut di UKM.insyaAllah bln 4 or 5 thun dpan da bis stdy kat cni..tp kali ni ak x brape nk seronk smbut awl Ramadhan sbp x dpt smbut dgn family t'sayang di kampung...tp seronk dpt smbut dgn kwn2 batch seangkatan di umh ketua jabatan kmi di Tman Bangi Perdana.dptla kwn2 ak melantak mcm2 mknan yg ada then bru nk kejakn solat terwih.hahaha....tp pape pn seronok gan kwn2 batch dakwah.jomlah kt kecapi lbih byk kemanisan bersama smntara msih ada wktu utk kt bsme di bumi UKM ni...

Tuesday, August 10, 2010

GILA KUASA???perlukah dalam kehidupan kita......





Pelbagai ragam kehidupan yang kita dapat lihat pada hari ini.Kebanyakkan golongan wanita tidak lagi menghabiskan masa di rumah untuk menjaga anak, malah mereka juga turut sama berganding bahu dengan kaum lelaki untuk mencari rezeki.Golongan wanita ini juga mampu menggalas bebanan yang sama dengan lelaki.Maklumlah, wanita zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu.Mereka lebih sukakan cabaran dan sesuatu yang baru.Ada dalam kalangan wanita yang menjadi wakil rakyat dan sama-sama bertanding merebut kerusi.Tidak salah lagi golongan wanita ini mampu untuk menjadi wakil bagi sesuatu kawasan dan menjaga kebajikan penduduk mereka sendiri.Namun, sejauhmana mereka yang dilantik untuk menjadi wakil rakyat itu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka itu???

Tanggungjawab dan tugas yang diberikan kepada seseorang kepada diri kita merupakan suatu amanah yang harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Anak yang dikurniakan kepada pasangan suami isteri juga merupakan amanah Allah s.w.t yang tinggi nilainya.Pendek kata, dalam hidup ini, semua insan mempunyai amanah dan tanggungjawab diri sendiri yang mesti dijalankan dengan sebaik mungkin.Sebagai anak, tanggungjawabnya kepada ibu bapa.Sebagai pelajar, tanggungjawabnya terhadap pelajaran dan begitu juga sebagai seorang pemimpin, tanggungjawabnya adalah untuk memimpin dan membangun masyarakat madani.Cuma beza antara satu tugas dengan satu tugas adalah dilihat sejauh mana peranan yang dimainkan dan matlamat hala tuju yang perlu dicapai dalam suatu aspek kepimpinan.





Dewasa kini, ramai dalam kalangan pemimpin yang dilantik kurang memainkan peranan yang telah diberikan.Kebanyakkan dalam kalangan mereka lebih memikirkan soal pangkat, darjat dan kuasa tanpa langsung memikirkan tanggungjawab yang besar harus dipikul dan kesan akibat jika lalai dan leka dalam memimpin.Sikap tamak dan kegilaan akan kuasa dan nama memberi impak yang buruk bukan hanya pada nama mereka, malah turut juga melibatkan organisasi pimpinan mereka.Hal ini amat membimbangkan semua pihak khususnya kerana sikap sebegini mampu memporak-perandakan keadaan di samping kebajikan ahli di bawah jagaan mereka juga akan turut sama terjejas.

Kepesatan ekonomi membangun menggalakkan lagi kegilaan mereka untuk menambah sumber pendapatan dalam jangka masa yang singkat.Lupakah mereka apabila seseorang yang hanya mementingkan keuntungan dunia tanpa menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan betul akan ditimpa balasan bencana oleh Allah s.w.t???Nauzubillah....Tugas dan tanggungjawab menjadi seorang pemimpin bukan suatu kerja yang mudah.Bukan suatu yang suka-suka dan boleh dijadikan permainan.Namun dia diumpamakan permata yang bersinar dan menjadi harapan kepada orang lain untuk menyuluh jalan yang gelap.Menjadi tunggak untuk memacu umat ke jalan yang betul dan selamat.Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : "Setiap orang daripada kamu adalah menjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya".( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).




Kesimpulannya, setiap apa yang ada dalam dunia ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dengan sebaiknya.Ini kerana ianya adalah milik Allah s.w.t yang mutlak dan kita sebagai makhluk-Nya hendaklah sentiasa mentaati dan tidak menyekutukan-Nya.Sempurnakanlah setiap tanggungjawab dengan sempurna walaupun kita bukan golongan yang sempurna pada keseluruhannya kerana usaha tangga kejayaan.Tiada kemanisan jika kita tidak pernah gagal dan kecundang dan kepuasan yang akan kita dapat sekiranya usaha yang berterusan menempuh kegagalan dapat ditewaskan.....Sama-sama kita renungkan bahawa setiap apa yang kita kerjakan akan dihisab di akhirat kelak dan sekiranya kita gagal dalam menyampaikan mesej kepada pengikut kita, kita akan diheret dan ditanya mengapa dan kenapa tidak diajarkan sedangkan pengikut kita hanya akan menuding jari kepada kita pada ketika itu......