Tuesday, August 24, 2010

PENANGAN CINTA ASMARA

sewaktu di bangku sekolah,mak dan ayah selalu pesan jaga diri baik-baik,belajar rajin-rajin dan sungguh-sungguh.jangan main-main.nanti dah berjaya boleh masuk universiti.semua ibu bapa mengharapkan kejayaan untuk anak-anak mereka.mereka tidak mahu anak-anak mereka jadi seperti mereka yang semasa belajar tidak habis kerana masalah ekonomi dan kewangan.justeru, mereka mengharapkan anak-anak mereka menghabiskan apa yang mereka tinggalkan.begitu juga bagi diri saya.ibu dan ayah mengharapkan saya belajar bersungguh-sungguh sebab dulu ayah dan ibu tidak dapat menghabiskan pelajaran disebabkan masalah kewangan dan juga mahu menanggung adik yang masih bersekolah.saya terima amanah itu sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul untuk merealisasikan impian saya sebagai seorang pelajar.

hari berganti hari dan usia saya kini sudah menjangkau belasan tahun.rutin harian saya sama seperti dahulu.setiap hari ke sekolah menuntut ilmu, dan apabila tiba masa pulang, saya akan terus pulang ke rumah.biasanya, saya akan berjalan kaki seorang diri ke tempat ayah menunggu di seberang sungai.dalam perjalanan, saya melihat pelbagai gelagat remaja sekolah.ada yang baik, dan ada juga yang nakal dan terejal.saya hanya berdiam diri tanpa menghiraukan apa yang mereka lakukan.apa yang terdetik dalam hati saya agar mereka tidak menggangu saya sudah...

semasa di sekolah, saya ada teman baik.ke mana sahaja kami pergi, kami selalu bersama.sampai kawan-kawan di sekolah menggelarkan kami ni sama ibarat belangkas.saya tidak kisah.saya anggap itu sebagai gurauan semata...kawan saya ni pernah meluahkan hasrat pada saya yang dia ingin mencari pasangan.maksudnya macam 'couple' lah...dia selalu cakap seronok sangat tengok bila dah ada orang ambil berat dan jaga kita.sungguhpun masa tu belum lagi jadi suami isteri untuk saling memerlukan dan melengkapi.lagipun masa tu ramai kawan-kawan sekelas saya yang dah ada pacaran masing-masing.jadi kawan saya ni pun teringin sama nak ada teman dan pasangan sendiri.saya beritahu kat dia, apa sebenarnya matlamat kita pergi sekolah hari-hari.tidak ada satu pun nasihat yang ibu ayah beri untuk kita bercinta masa kat sekolah.banyak kesan buruk kalau kita asyik bercinta sehingga kadangkala boleh menjejaskan pelajaran kita sendiri.dia diam membisu sambil menganggukkan kepala.saya beritahu lagi pada dia,terpulang pada diri sendiri untuk berfikir.bukan saya ada hak apa pun pada dia, saya sebagai seorang teman dan hanya mampu bagi nasihat dan tegur bila ada kawan buat silap.tu je saya beritahu pada dia.sedikit pun dia tidak membantah kata-kata saya ketika itu.pada pandangan saya, mungkin dia menerima nasihat dan apa yang saya katakan pada dia...

kami menjalani kehidupan sebagai pelajar seperti biasa.tapi, suatu hari ada lah seorang jejaka ni datang menghampiri kami dan meluahkan keinginannya untuk menjadikan kawan saya ni sebagai kekasihnya.saya pada mulanya agak terkejut dengan tindakan lelaki tersebut.namun secara perlahan saya nyatakan padanya, "kalaulah itu yang terbaik buat saudara, teruskanlah".lalu sya terus beredar.dalam hati saya hanya Tuhan saja yang tahu.bukannya sakit hati atau jeles lelaki tu minat pada kawan saya, tapi saya takut sangat yang kawan saya ni akan berubah.saya lebih mengenali dia daripada orang lain.tambahan pula, lelaki tu baru sahaja bertukar ke sekolah kami.jadi saya kurang mengenali latar belakang dia.saya harap sangat kawan saya dapat berfikir panjang sebelum terus menerima lamaran lelaki tersebut...


hari berganti hari.sejak peristiwa itu, rupanya kawan saya terus menerima lamaran lelaki tersebut.dia memberitahu saya, sepanjang mereka menjalin hubungan, tiada apa yang mengguris hati dan perasaan dia.dia juga menambah bahawa lelaki tersebut sanggup sehidup semati dengan dia.saya hanya mendiamkan diri.dalam fikiran saya berkata, "lelaki,semua sama.ayat manis je di bibir.tapi dalam hati,tiada siapa yang tahu"..huhu....saya hanya mendoakan apa yang terbaik pada kawan saya itu...tapi, sejak dia ada pasangan, saya sedar satu perubahan ketara dalam diri dia.saya lihat dia kerap sangat ponteng kelas.prestasi dia juga jatuh mendadak.saya sangat risau sebab kami akan menduduki sijil pelajaran malaysia(SPM) tidak lama lagi.kawan saya ni adalah antara pelajar yang cemerlang dalam akademik.bila saya berkunjung ke rumahnya, mak dia kata dia tidak sihat dan tidak mahu diganggu.timbul sedikit rasa curiga dalam diri tapi hanya mendiamkan diri.lama-lama, saya dapat tahu juga yang pakwe dia kerap juga ponteng kelas.suatu hari, saya ternampak kelibat mereka berdua dipusat membeli-belah.saya lihat mereka sangat mesra.tingkah laku mereka sama je dengan suami isteri yang baru berkahwin.berapa kali saya istghfar dalam hati melihat keadaan mereka itu.saya hanya mampu berdoa agar mereka dikuatkan iman dan ditunjukkan jalan kebenaran...

sebelum masuk ke dewan peperiksaan, seperti biasa saya akan membelek sepintas lalu nota-nota yang diajar.tiba-tiba saya disapa oleh kawan saya.dia memberitahu saya bahawa dia tidak membuat apa-apa persiapan pun baik dari segi fizikal dan mental.saya betul-betul terkejut.saya beritahu dia sedikit nota yang saya baca dan ingat sebentar tadi.saya nampak kerisauan terpancar di wajahnya....hari berganti hari, bulan berganti bulan.akhirnya tiba masa keputusan peperiksaan keluar.saya agak kaget dengan waktu itu kerana bimbang dengan keputusan tersebut.namun saya redha dan tawakal dengan ketentuan Allah s.w.t...




alhamdulillah, saya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.tapi agak menyedih dan mendukacitakan kawan saya gagal dan kecundang.terpancar di wajahnya kemurungan dan kesedihan yang tidak terkata.selepas tamat belajar, saya tidak menghubunginya kerana sibuk bekerja.tambahan pula, saya tidak mahu menganggu waktunya bersama insan tersayang....saya mendekatinya perlahan-lahan.saya usap lembut bahunya dan menyatakan bahawa, "sudahlah,jangan bersedih dengan apa yang terjadi sekarang.anggaplah yang ini sebagai pengajaran buat kita bersama.jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu".dia terus memeluk saya sambil menangis.dia memberitahu saya bahawa semasa mahu menerima lamaran lelaki itu dulu, dia ingat kata-kata saya, "buatlah kalau rasa itu yang terbaik".saya tergamam seketika.dengan senyuman saya memberitahu dia bahawa saya mahukan dia berfikir sendiri sama ada benda tu baik atau tidak untuk dirinya sendiri.rupanya dia salah anggap.saya beritahu dia lagi, "sudahlah, jangan lagi diingat kisah yang lalu.jadikan ia sebagai pengalaman dan ingatan sampai bila-bila"....

bila ditanya pasal lelaki tersebut, dia memberitahu yang lelaki itu telah meninggalkan dia sendirian selepas berjumpa dan mengenali perempuan yang lebih cantik dan seksi darinya.saya kuatkan semangatnya dan jangan cepat untuk putus asa.saya yakinkan dia bahawa cinta itu ada di mana-mana.dan mungkin Allah s.w.t belum temukan lagi dia dengan insan pujaan yang akan menjadi suaminya suatu hari nanti.banyak nasihat saya beri pada dia agar dia terus kuat dan tidak mudah putus asa....



alhamdulillah, sekarang saya sudah menjejakkan kai ke menara gadig manakala teman saya juga sedang menyambung pengajiannya di institusi swasta.saya bangga dengan kecekalan hatinya untuk bangun dan terus menghayun langkah demi masa depannya.baginya, tiada lagi cinta lelaki dalam hatinya.dia sentiasa berdoa agar Allah s.w.t akan menemukannya dengan lelaki yang soleh dan betul-betul ikhlas menerimanya.dia cukup serik dengan cinta pertamanya yang membawa dia ke arah kegagalan di waktu sekolah.dengan khusyuknya 'cinta monyet' dan keasyikan asmara, sehingga dia lalai dan leka dengan matlamat hidupnya yang asal....

begitulah penangan cinta asmara.cinta yang diibaratkan seperti 'cinta monyet'.bila orang lain bercinta, kita juga nak rasa bercinta.mulanya memanglah manis bak madu, tapi lama kelamaan ia menjadi pahit bak hempedu jika tidak disulami dengan rasa kehambaan dan kasih sayang yang tulus ikhlas berlandaskan syariat Islam...... tidak salah hendak bercinta, tapi biarlah pasangan yang kita jalinkan hubungan itu boleh memberi kita semangat untuk berjaya dan selalu memberi nasihat agar kita tidak lalai dan leka dengan keasyikan dunia yang penuh mencabar ini....

No comments:

Post a Comment