Bila tiba bulan Ramadhan,semua orang tahu itu bulan untuk umat Islam mengerjakan banyak amalan sunat seperti solat terawih,berpuasa di siang hari dan macam-macam lagi amalan.Orang juga kata yang bulan Ramadhan ni lah bulan yang dinantikan oleh semua muslimin dan muslimat dan terdapat satu malam yang digelar 'Malam Lailatul Qadar'.Pada kebiasaannya,malam tu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan, tapi tidak dapat dipastikan kesahihannya....yang pasti malam lailatul qadar tu tetap ada.cuma waktunya je yang tidak pasti.bagi sesiapa yang menantikan malam tersebut,mestilah setiap malam kena bangun untuk solat tahajud dan qiyyamulail...bukan hanya melayan mimpi kosong dan mainan syaitan je....


kalau dikenang peristiwa masa sambut puasa ketika masih kecil suatu ketika dulu, si ayah sibuk membawa anak-anak pergi berkunjung ke bazar Ramadhan.Tujuannya sebab nak anaknya seronok dan membeli hadiah jika habis berpuasa.Si ayah sanggup membeli apa sahaja makanan untuk si anak bagi mengurangkan rasa kesedihan si anak akibat tidak dapat berbuka pada waktu yang mereka nak.macam-macam gelagat kalau kita lihat dan ingat kembali memori masa kecil-kecil dahulu dan melihat adik-adik yang baru mula nak belajar berpuasa...sampai sekarang,perkara itu masih lagi terjadi.kalau saya melihat sendiri di bazar-bazar, ramai pengunjung yang berkunjung akan membawa sekali anak-anak mereka yang masih kecil.Di situ kelihatan si anak sangat letih dan ada kalanya merengek disebabkan tidak larat berpuasa dan sedang keletihan dan kehausan....

itu adalah fenomena si anak yang baru hendak belajar berpuasa.berbeza pula dengan fenomena yang terjadi kepada golongan yang dewasa dan remaja semacam saya ini.pada kebiasaannya, bulan tidak puasa, kalau beli juadah makanan, adalah dalam harga rm5 sehari.tapi bila tiba je Ramadhan,nak-nak bila nak berbuka, bukan hanya rm5 habis, malah lebih daripada rm10.orang cakap bulan Ramadhan ni la nak save bajet sebab tidak makan atau minum masa siang hari, tapi terlebih pulak bajet daripada hari biasa.....ish ish ish.....ni nak makan ke mencekik???bila nafsu nak makan itu tidak dapat dibendung, macam ni lah jadinya.tengok apa saja kat bazar tu semua sedap.semua nak makan.semua nak cuba.tekak orang puasa lah katakan..tapi bila tiba masa berbuka, kadang-kadang makanan yang dibeli tu bukannya habis dimakan sekaligus.da jadi suatu pembaziran.kalau makanan tu jenis tahan lama dan boleh disimpan lagi tidak mengapa, boleh lagi dibuat sahur atau sebagainya, ni jika makanan tu jenis yang cepat basi.alamatnya, kalau tidak dimakan, jadi simpanan tong sampah lah jawapnya...
amalan macam ni lah yang perlu dikikis dalam jiwa umat Islam khususnya sebab segala pembaziran itu datangnya daripada syaitan.kalau nak beli makanan tu berpada-pada lah.ni tidak mengalahkan budak kecil.Teringat saya kisah kartun kanak-kanak siri upin dan ipin tu.ada satu episod yang bertajuk 'tamak'.macam ni lah.dapat pergi bazar semuanya sedap.tengok yang ni sedap yang tu sedap.akhirnya, beli semua.bila dah buka, dah kekenyangan, bukannya habis makan pun.bila tiba masa nak solat terawih, mereka dah tertido disebabkan terlalu kenyang.macam ni lah akibatnya kalau makan tidak berpada-pada...

No comments:
Post a Comment