Tuesday, August 10, 2010

GILA KUASA???perlukah dalam kehidupan kita......





Pelbagai ragam kehidupan yang kita dapat lihat pada hari ini.Kebanyakkan golongan wanita tidak lagi menghabiskan masa di rumah untuk menjaga anak, malah mereka juga turut sama berganding bahu dengan kaum lelaki untuk mencari rezeki.Golongan wanita ini juga mampu menggalas bebanan yang sama dengan lelaki.Maklumlah, wanita zaman sekarang tidak sama dengan zaman dahulu.Mereka lebih sukakan cabaran dan sesuatu yang baru.Ada dalam kalangan wanita yang menjadi wakil rakyat dan sama-sama bertanding merebut kerusi.Tidak salah lagi golongan wanita ini mampu untuk menjadi wakil bagi sesuatu kawasan dan menjaga kebajikan penduduk mereka sendiri.Namun, sejauhmana mereka yang dilantik untuk menjadi wakil rakyat itu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka itu???

Tanggungjawab dan tugas yang diberikan kepada seseorang kepada diri kita merupakan suatu amanah yang harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Anak yang dikurniakan kepada pasangan suami isteri juga merupakan amanah Allah s.w.t yang tinggi nilainya.Pendek kata, dalam hidup ini, semua insan mempunyai amanah dan tanggungjawab diri sendiri yang mesti dijalankan dengan sebaik mungkin.Sebagai anak, tanggungjawabnya kepada ibu bapa.Sebagai pelajar, tanggungjawabnya terhadap pelajaran dan begitu juga sebagai seorang pemimpin, tanggungjawabnya adalah untuk memimpin dan membangun masyarakat madani.Cuma beza antara satu tugas dengan satu tugas adalah dilihat sejauh mana peranan yang dimainkan dan matlamat hala tuju yang perlu dicapai dalam suatu aspek kepimpinan.





Dewasa kini, ramai dalam kalangan pemimpin yang dilantik kurang memainkan peranan yang telah diberikan.Kebanyakkan dalam kalangan mereka lebih memikirkan soal pangkat, darjat dan kuasa tanpa langsung memikirkan tanggungjawab yang besar harus dipikul dan kesan akibat jika lalai dan leka dalam memimpin.Sikap tamak dan kegilaan akan kuasa dan nama memberi impak yang buruk bukan hanya pada nama mereka, malah turut juga melibatkan organisasi pimpinan mereka.Hal ini amat membimbangkan semua pihak khususnya kerana sikap sebegini mampu memporak-perandakan keadaan di samping kebajikan ahli di bawah jagaan mereka juga akan turut sama terjejas.

Kepesatan ekonomi membangun menggalakkan lagi kegilaan mereka untuk menambah sumber pendapatan dalam jangka masa yang singkat.Lupakah mereka apabila seseorang yang hanya mementingkan keuntungan dunia tanpa menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan betul akan ditimpa balasan bencana oleh Allah s.w.t???Nauzubillah....Tugas dan tanggungjawab menjadi seorang pemimpin bukan suatu kerja yang mudah.Bukan suatu yang suka-suka dan boleh dijadikan permainan.Namun dia diumpamakan permata yang bersinar dan menjadi harapan kepada orang lain untuk menyuluh jalan yang gelap.Menjadi tunggak untuk memacu umat ke jalan yang betul dan selamat.Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : "Setiap orang daripada kamu adalah menjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya".( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).




Kesimpulannya, setiap apa yang ada dalam dunia ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dengan sebaiknya.Ini kerana ianya adalah milik Allah s.w.t yang mutlak dan kita sebagai makhluk-Nya hendaklah sentiasa mentaati dan tidak menyekutukan-Nya.Sempurnakanlah setiap tanggungjawab dengan sempurna walaupun kita bukan golongan yang sempurna pada keseluruhannya kerana usaha tangga kejayaan.Tiada kemanisan jika kita tidak pernah gagal dan kecundang dan kepuasan yang akan kita dapat sekiranya usaha yang berterusan menempuh kegagalan dapat ditewaskan.....Sama-sama kita renungkan bahawa setiap apa yang kita kerjakan akan dihisab di akhirat kelak dan sekiranya kita gagal dalam menyampaikan mesej kepada pengikut kita, kita akan diheret dan ditanya mengapa dan kenapa tidak diajarkan sedangkan pengikut kita hanya akan menuding jari kepada kita pada ketika itu......

No comments:

Post a Comment